info yg sgt2
best! enjoy reading mummy! :)
Untuk mengekalkan KUALITI & NUTRIEN stok makanan bayi anda, simpan stok makanan bayi anda di dalam bahagian sejuk beku peti ais anda selama 3 bulan maksimum.
Stok makanan bayi boleh bertahan selama 3 b...ulan hingga ke 6 bulan di bahagian sejuk beku. Namun begitu, adalah lebih baik jika ianya digunakan dalam tempoh 1 bulan ke 3 bulan yang pertama.
Disebabkan pertambahan kristal ais yang terbina semasa stok makanan bayi disejukbekukan dan juga disebabkan oleh proses pemejalwapan yang berlaku apabila stok makanan tersebut dicairkan, kandungan nutrisi didalam makanan tersebut akan berkurang.
Jadi, adalah lebih baik sekiranya stok makanan bayi tersebut digunakan seawal mungkin iaitu dalam tempoh 3 bulan selepas ianya disejuk bekukan.
Dan yang TERBAIK ialah gunakan stok makanan tersebut dalam tempoh 1 bulan pertama.
Ini adalah untuk memastikan bayi anda mendapat faedah nutrisi yang maksimum dari makanan yang anda sediakan!







No comments: