Punca
Anak Kerap Sakit
Anak-anak kerap
sakit mungkin berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya ialah, Masalah Sistem Imun, Sindrom Pusat
Jagaan dan juga Jangkitan Yang Kerap.
1. Sindrom Pusat
Jagaan - Sebagai ibu bapa, memang saya dan suami sendiri kadang-kadang tu rasa
kecewa dan buntu bila anak asyik sakit. Yelah, risau kan. Tapi sebenarnya adalah perkara
biasa kalau kanak-kanak selalu sakit demam, batuk dan selsema yang biasa.Secara
purata, kanak-kanak akan mendapat 6-8 jangkitan saluran pernafasan dan 2 atau 3
jangkitan gastrointestinal setiap tahun.Kanak-kanak yang bersekolah ataupun
yang ditinggalkan di pusat jagaan mungkin akan terkena jangkitan dengan lebih
kerap lagi. Ini di panggil Sindrom Pusat Jagaan. Semakin kanak-kanak membesar, sistem
imunnya akan menjadi lebih kuat dan imuniti terhadap jangkitan biasa sudah
terbina dalam badan. Jadi, kekerapan untuk jatuh sakit berkurangan.
2. Memasukkan
Tangan Dan Objek Tidak Dibasuh Ke Dalam Mulut -Untuk memahami mengapa kanak-kanak selalu
mendapat jangkitan dan seterusnya selalu sakit, kita perlu faham bagaimana
jangkitan disebarkan. Kecuali pemindahan darah, kanak-kanak mudah terdedah kepada
jangkitan disebabkan mereka selalu menyentuh pelbagai objek di sekeliling
mereka dan seterusnya tanpa membasuh, memasukkan pula tangan ataupun objek ke
dalam mulut mereka. Malah, kanak-kanak yang masih kecil seperti bayi mungkin
masih belum dapat membina sistem imun yang kuat untuk menentang jangkitan yang
biasa berlaku ni.
Cara
Elakkan Jangkitan
1. Amalan
Membasuh Tangan Dan Menjaga Kebersihan - Untuk mengelakkan jangkitan, kita
perlulah mengajar anak-anak dan pengasuh pusat jagaan untuk mengamalkan
membasuh tangan, terutamanya setelah menggunakan tandas, menukar lampin dan
sebelum makan. Permainan dan objek yang selalu dipegang oleh anak-anak juga
perlulah selalu dibasuh termasuklah semua permukaan seperti lantai. Tisu yang
digunakan untuk mengelap juga perlulah terus dibuang ke dalam tong sampah.
2. Elakkan
Mendekati Orang Sakit - Selain itu, antara tip yang mudah dibuat
untuk mengelakkan jangkitan ialah, mengelakkan anak-anak daripada mendekati
orang yang sedang sakit. Pastikan pusat jagaan anak mempunyai polisi yang ketat
seperti tidak membenarkan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit berjangkit
daripada datang ke sekolah. Ini kerana, kebanyakan penyakit mudah menjangkiti
kanak-kanak lain 1 atau 2 hari sebelum kanak-kanak yang sakit tersebut mendapat
simptom penyakit yang jelas. Jadi, apabila dia tetap datang ke sekolah atau
pusat jagaan sebaik sahaj dia mula sakit, kemungkinan dia telah menjangkitkan
penyakit kepada kanak-kanak lain yang mendekatinya.
Punca
Jangkitan
1. Jangkitan
Oleh Virus, Bakteria, Parasit Dan Sistem Imun Yang Lemah - Jangkitan adalah disebabkan oleh
virus, bakteria dan parasit dan anak mudah mendapat jangkitan daripada salah
satu ejen ini sekiranya anak masih belum imun dan mendekati orang yang sudah
terkena jangkitan. Sesetengah jangkitan memerlukan hubungan terus untuk
menyebabkannya dijangkiti contohnya impetigo, scabies, kutu, chickenpox, kurap,
cold sores dan pinkeye. Amalan membasuh tangan yang kerap dan memastikan
bahagian yang dijangkiti ditutup atau dilindungi dapat membantu mengelakkan
penyebaran penyakit-penyakit tersebut.
2. Jangkitan
Melalui Titisan Air Di Udara - Jangkitan melalui saluran pernafasan dapat
disebarkan melalui titisan air seperti jangkitan daripada paru-paru, hidung dan
mulut seseorang. Titisan air ini dapat menjangkiti secara langsung terhadap
seseorang ataupun melekat pada sesuatu permukaan yang akan disentuh oleh orang
lain. Sekiranya orang tersebut menyentuh mata dan mulutnya, seterusnya dia juga
akan dijangkiti penyakit tersebut. Jangkitan oleh titisan respiratori
termasuklah selsema, chichkenpox, pertussis, pneumonia, demam selsema dan
lain-lain jangkitan viral. Amalan memakai topeng mulut dan hidung sangat bagus
untuk mengelakkan jangkitan melalui udara ini.
3. Pencemaran
Najis Pada Makanan - Jangkitan juga boleh disebarkan melalui
pencemaran oleh najis ke atas makanan yang dimakan yang mana selalunya berlaku
apabila seseorang tersentuh najis yang mempunyai penyakit dan makan tanpa
membasuh tangan terlebih dahulu. Tangan boleh dicemari oleh najis setelah sesi
menukar lampin anak. Partikel penyakit akan memasuki mulut dan menyebabkan
jangkitan antaranya cirit-birit, cacing gelang dan hepatitis A.
4. Terdedah
Kepada Darah Tercemar - Yang akhir sekali, jangkitan juga boleh
berlaku apabila seseorang terdedah kepada darah yang telah dijangkiti dengan
penyakit HIV, Hepatitis B atau C ataupun Cytomegalovirus
Cara
Mengatasi Jangkitan
1. Amalan
Kebersihan - Tidak dinafikan amalan kebersihan adalah faktor utama yang sangat perlu
dititiberatkan dalam kehidupan seharian. Amalan kebersihan seperti membasuh
tangan, adalah perkara asas utama yang tidak boleh diambil remeh oleh setiap
orang. Selain itu, mempunyai sisem daya tahan badan yang kuat untuk melawan
penyakit juga adalah sangat penting dalam mencegah jangkitan penyakit ataupun
mengelakkan terkena jangkitan dengan lebih teruk.

2. Pengambilan Vitamin Ataupun Makanan Tambahan - Sebagai ibubapa, antara perkara yang boleh
kita lakukan untuk menjaga kesihatan anak-anak tersayang adalah dengan
memberikan makanan tambahan, supplement ataupun vitamin kepada anak-anak. Ini
kerana pengambilan vitamin dapat membantu meningkatkan dan menguatkan sistem
imun anak ke tahap yang lebih optimum. Shaklee menyediakan rangkaian
vitamin terbaik yang disyorkan untuk anak-anak antaranya ialah Meal Shakes
Shaklee, Omega Guard Shaklee, Chewable Vitamin C Shaklee, Nutriferon Shaklee,
Vita-Lea for Children (Chewable) dan Lecithin. Setiap vitamin
memberikan manfaat yang sangat baik untuk kesihatan anak. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan setiap vitamin, jangan lupa baca di
entry akan datang! ;)
3. Amalan Gaya Hidup Sihat - Amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, memakan
makanan seimbang berkhasiat, banyak minum air dan sebagainya juga dapat
membantu menguatkan sistem imun anak dan mengurangkan risiko terkena jangkitan
terhadap penyakit.
Anak yang sihat, akan lebih ceria dan bijak. Ibu
juga gembira!
Hubungi saya
untuk tawaran istimewa harga untuk anda hari ini!!! Hani
call/msj/wasap 013 7196630
Sebagai customer,
anda layak untuk mendapatkan:
i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas
pembelian
ii. Di jemput masuk ke EXCLUSIVE GROUP FB untuk customer
Shaklee adalah
supplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi,
terbukti selamat & berkesan.
” Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes
secara online,ataupun offline mengikut keselesaan
anda.Anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan
dijemput ke Exclusive Group di Facebook